KISAH SEBENAR DI SEBALIK PASANGAN KAHWIN MUDA



KISAH PASANGAN KAHWIN MUDA YANG TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL | SECARA tiba-tiba kisah pasangan remaja yang berkahwin pada usia mudaiaitu Muhd Muaz, 15, dan isterinya Amiera Nur Ezati, 17, jadi perbualan hangat netizen.

Berita pasangan pengantin baru ini nyata menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada orang ramai.
Ramai memuji dengan berkata keputusan pasangan ini boleh menghindari maksiat dan zina namun tak kurang juga, menzahirkan rasa bimbang akan kehidupan mereka kemudian hari.

Menerusi laman sosial Facebook milik Muaz, dilihat ramai yang memberikan ucapan tahniah dan nasihat kepadanya dan pasangan.

Menurut Muaz menerusi Facebook, perkahwinannya bukanlah atas dasar paksaan malah keluarga kedua belah pihak telah setuju mempercepatkannya.

Begitu pun, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang menuduh isterinya sedang hamil gara-gara mereka berkahwin pada usia muda.

 

[iklan]Pakai kad rahsia boleh jimat minyak sehingga 30% dan jimat elektrik 40%..Lihat testimoni disini :http://on.fb.me/1urnHia







Most Shared


Contact | Privacy